Pakej Umrah 13 Hari 11 Malam
عمره منارا جم
Pakej Umrah
Menara Jam Plus




Ringkasan Pakej
Menginap di Hotel Bertaraf 5 Bintang hanya 50 meter dari Masjidil Haram!
Pakej Umrah Menara Jam Plus adalah pakej 13 Hari 11 Malam yang menawarkan penginapan di hotel 5 bintang yang pastinya menjadi pilihan utama jemaah.
Di Makkah, para jemaah akan menginap selama 5 malam di hotel bertaraf 5 bintang dan berjarak 50 meter.
Manakala di Madinah jemaah akan menginap selama 5 malam dengan hotel bertaraf 4 Bintang berjarak lebih kurang 200 meter.
Jemaah juga akan menginap selama 1 malam di Taif dengan hotel bertaraf 4 bintang.
Pakej ini juga merupakan Penerbangan Terus menggunakan Malaysia Airlines @ Setaraf.
Bayangkan setiap langkah anda ke Masjidil Haram hanya ±50 meter dari lobi hotel. Tiada perlu jalan jauh, tiada perlu risau kesesakan. Setiap waktu solat, anda berada antara yang terawal di saf hadapan.
Bukan sekadar penginapan strategik, ini pengalaman ibadah yang tenang, selesa, dan penuh keberkatan.
Pilihan Tarikh Penerbangan Pakej
Tarikh Pergi | Tarikh Balik | Sektor | Airlines | Harga Bermula | Lock Seat |
|---|---|---|---|---|---|
31/10/2026 | 11/11/2026 | KUL-JED / MED-KUL | ![]() | RM 11,090.00 |
*Tarikh penerbangan tertakluk kepada perubahan | Lock Seat dengan pembayaran deposit sahaja.
Tarikh Pergi | Tarikh Balik | Sektor | Airlines | Harga Bermula | Lock Seat |
|---|---|---|---|---|---|
07/11/2026 | 18/11/2026 | KUL-JED / MED-KUL | RM 11,490.00 | ||
21/11/2026 | 02/12/2026 | KUL-JED / MED-KUL | RM 11,490.00 | ||
28/11/2026 | 09/12/2026 | KUL-JED / MED-KUL | RM 11,490.00 |
*Tarikh penerbangan tertakluk kepada perubahan | Lock Seat dengan pembayaran deposit sahaja.
Tarikh Pergi | Tarikh Balik | Sektor | Airlines | Harga Bermula | Lock Seat |
|---|---|---|---|---|---|
05/12/2026 | 16/12/2026 | KUL-JED / MED-KUL | RM 12,990.00 | ||
12/12/2026 | 23/12/2026 | KUL-JED / MED-KUL | RM 12,990.00 |
*Tarikh penerbangan tertakluk kepada perubahan | Lock Seat dengan pembayaran deposit sahaja.
Pilihan Tarikh Penerbangan
Perhatian : Penginapan hotel adalah seperti yang dinyatakan dan tertakluk kepada perubahan kepada hotel yang setaraf.
Penginapan Di Makkah al-Mukarramah (مكة المكرمة)
Nama Hotel : Mövenpick Hajar Tower Makkah @ setaraf
Mövenpick Hotel & Residence Hajar Tower Makkah merupakan hotel bertaraf 5 bintang yang terletak di dalam kompleks Abraj Al Bait, hanya beberapa langkah dari Masjidil Haram dan menghadap Pintu Raja Abdul Aziz.
Lokasinya sangat strategik bagi jemaah Umrah dan Haji kerana akses mudah ke Kaabah dan kawasan sekitarnya.
Terletak di tengah-tengah Makkah, menawarkan pemandangan langsung ke Masjidil Haram.
Menawarkan 1,027 bilik dan suite yang dilengkapi dengan penghawa dingin, Wi-Fi percuma, TV LCD dengan lebih 80 saluran antarabangsa, kemudahan membuat teh dan kopi, serta perkhidmatan bilik 24 jam .
Mövenpick mempunyai lima restoran yang menyajikan pelbagai hidangan antarabangsa dan Swiss. Antaranya termasuk Al Nasim, Al Diwan, Al Naim, serta bufet di Al Firdaous dan Hajar Restaurant .
Terdapat perkhidmatan valet parking, pusat perniagaan, kelab kanak-kanak, dan kedai-kedai dalam kompleks hotel.
Pakej Makan :
Hotel Makkah : Sarapan sahaja
Penginapan Di Madinah al-Munawwarah (المدينة المنورة)
Hotel: Nozol Royal Inn Madinah @ setaraf
Hotel Nozol Royal Inn ialah sebuah hotel 4 bintang yang terletak di kawasan Utara Madinah, hanya 100 meter dari Masjid Nabawi.
Faktor lokasi menjadikannya pilihan popular bagi jemaah umrah dan pelancong Muslim. Hotel ini menawarkan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan yang sesuai untuk keluarga dan kumpulan.
Lokasi: Abi Obaida ibn Aljarrah Street, Kawasan Utara Pusat, Madinah
Jarak ke Masjid Nabawi: Sekitar 100 meter (anggaran 1–2 minit berjalan kaki)
Jarak ke Lapangan Terbang: 25 minit pemanduan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Prince Mohammad Bin Abdulaziz
Hotel ini menawarkan 240 bilik dan suite dengan pelbagai pilihan. Setiap bilik dilengkapi dengan penghawa dingin, TV skrin rata, bar mini, cerek elektrik, bilik mandi peribadi dengan pengering rambut dan Wi-Fi percuma di seluruh kawasan hotel.
Terdapat dua restoran iaitu :
Al Rawda Restaurant (tingkat mezzanine)
Al Rabwa Restaurant (tingkat 2)
Kedua-duanya menyediakan bufet dengan pelbagai pilihan makanan antarabangsa dan tempatan. Perkhidmatan bilik 24 jam juga disediakan.
Pakej Makan :
Hotel Madinah : Fullboard
Penginapan Di Taif
Nama Hotel : Swiss International @ Setaraf
Swiss International merupakan hotel bertaraf 4 bintang yang terletak di bandar Taif, sebuah destinasi peranginan terkenal di Arab Saudi yang dikenali dengan cuaca sejuk, suasana nyaman, dan persekitaran berbukit.
Lokasinya strategik untuk pelancong dan jemaah yang berkunjung ke Taif, dengan akses mudah ke pusat bandar, kawasan membeli-belah, serta tarikan utama sekitar Taif.
Terletak di kawasan yang tenang dan selesa, hotel ini sesuai untuk penginapan keluarga, rombongan, serta tetamu yang menginginkan suasana rehat jauh dari kesibukan kota besar.
Swiss International Taif menawarkan bilik-bilik yang moden dan luas, dilengkapi dengan penghawa dingin, Wi-Fi percuma, TV skrin rata dengan saluran satelit, peti keselamatan, kemudahan membuat teh dan kopi, serta perkhidmatan bilik.
Hotel ini mempunyai restoran yang menyajikan pelbagai hidangan antarabangsa dan tempatan, sesuai untuk memenuhi keperluan dan citarasa tetamu dari pelbagai latar belakang.
Kemudahan lain termasuk kaunter penerimaan tetamu 24 jam, pusat perniagaan, ruang mesyuarat, tempat letak kenderaan, serta perkhidmatan concierge bagi memastikan keselesaan dan kelancaran sepanjang penginapan.
Makanan :
Hotel Taif : Sarapan & Makan Malam
Borang Pendaftaran Tempahan Pakej Umrah
Penting: Sila baca dengan teliti sebelum mengisi borang pendaftaran ini
- Pendaftaran hanya akan diproses setelah bayaran deposit diterima.
- Bayaran baki penuh hendaklah dijelaskan selewat-lewatnya 60 hari sebelum tarikh penerbangan.
- Kegagalan menjelaskan bayaran penuh dalam tempoh yang ditetapkan boleh mengakibatkan pembatalan tempahan tanpa pemulangan deposit.
- Setiap maklumat jemaah wajib diisi dengan lengkap dan tepat melalui borang ini. Pihak syarikat tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kesilapan maklumat yang diberikan.
- Pendaftaran ini tertakluk kepada sebarang perubahan dari semasa ke semasa.
- Sila membaca dan memahami terma serta syarat pakej sebelum membuat bayaran deposit.
Maklumat Pelanggan
Merujuk kepada individu yang membuat tempahan. Semua invois dan resit rasmi akan dikeluarkan atas nama ini.
Maklumat Peserta
Merujuk kepada individu yang akan menyertai rombongan pakej. Sekiranya pelanggan turut serta, pendaftaran sebagai peserta juga adalah wajib.
Pilihan Pakej Umrah MKM Ticketing, Travel & Tours Sdn Bhd



Perlukan Bantuan? Berbual Dengan Pegawai Kami
Untuk sebarang pertanyaan lanjut atau konsultasi berkaitan pakej, sila berhubung dengan pegawai jualan kami. Pegawai jualan kami bersedia memberikan maklumat terperinci dan khidmat nasihat bagi memastikan perancangan perjalanan anda berjalan lancar.
Pejabat : +603 7831 6740
Star Avenue Commercial Centre B-29, Jalan Zuhal U5, 179, Seksyen U5, Bandar Pinggiran Subang, 40150 Shah Alam, Selangor, Malaysia.






