Pakej Umrah 12 Hari 10 Malam / 11 Hari 09 Malam
عمره موسم حج

Pakej Umrah
Musim Haji

Ringkasan Pakej

Menginap di Hotel Bertaraf 5 Bintang Hanya ±50 Meter dari Masjidil Haram. Lebih Lama di Makkah, Lebih Banyak Masa Beribadah!

Pakej Umrah Musim Haji merupakan pakej 12 Hari 10 Malam / 11 Hari 09 Malam yang direka khas untuk jemaah yang ingin memanfaatkan sepenuhnya masa lebih lama di Makkah, khususnya pada musim haji yang penuh keberkatan dan kemuliaan.

Di Makkah, para jemaah akan menginap selama 7 malam / 6 malam di hotel bertaraf 5 bintang, dengan jarak hanya ±50 meter dari Masjidil Haram.

Tempoh penginapan yang lebih panjang ini memberi peluang kepada jemaah untuk memperbanyakkan ibadah, beriktikaf, bertawaf sunat dan menghidupkan setiap waktu di hadapan Kaabah dengan lebih tenang dan teratur.

Manakala di Madinah, jemaah akan menginap selama 3 malam di hotel bertaraf 4 bintang dengan jarak lebih kurang 150 meter dari Masjid Nabawi. Lokasi yang sesuai untuk ziarah, ibadah dan penghayatan sirah Rasulullah ﷺ dalam suasana yang damai.

Pakej ini turut menawarkan penerbangan terus tanpa transit menggunakan Malaysia Airlines (MAS) @ setaraf bagi memastikan perjalanan yang lancar dan selesa sepanjang musim haji yang sibuk.

Pilihan Tarikh Penerbangan

Pilihan Tarikh Penerbangan Pakej

Tarikh Pergi

Tarikh Balik

Sektor

Airlines

Harga Bermula

Lock Seat

26 Jun 2026

06 Julai 2026

KUL-JED / JED-KUL

Image

RM 8090.00

*Tarikh penerbangan tertakluk kepada perubahan | Lock Seat dengan pembayaran deposit sahaja.

Image

Penginapan Di Makkah al-Mukarramah (مكة المكرمة)

Nama Hotel : Mövenpick Hajar Tower Makkah @ setaraf

Mövenpick Hotel & Residence Hajar Tower Makkah merupakan hotel bertaraf 5 bintang yang terletak di dalam kompleks Abraj Al Bait, hanya beberapa langkah dari Masjidil Haram dan menghadap Pintu Raja Abdul Aziz. Lokasinya sangat strategik bagi jemaah Umrah dan Haji kerana akses mudah ke Kaabah dan kawasan sekitarnya. Terletak di tengah-tengah Makkah, menawarkan pemandangan langsung ke Masjidil Haram.

Menawarkan 1,027 bilik dan suite yang dilengkapi dengan penghawa dingin, Wi-Fi percuma, TV LCD dengan lebih 80 saluran antarabangsa, kemudahan membuat teh dan kopi, serta perkhidmatan bilik 24 jam . Mövenpick mempunyai lima restoran yang menyajikan pelbagai hidangan antarabangsa dan Swiss. Antaranya termasuk Al Nasim, Al Diwan, Al Naim, serta bufet di Al Firdaous dan Hajar Restaurant .

Pakej Makan :

  • Hotel Makkah : Sarapan sahaja

Penginapan Di Madinah al-Munawwarah (المدينة المنورة)

Nama Hotel: Nozol Royal Inn Madinah @ setaraf

Hotel Nozol Royal Inn ialah sebuah hotel 4 bintang yang terletak di kawasan Utara Madinah, hanya 100 meter dari Masjid Nabawi.

Faktor lokasi menjadikannya pilihan popular bagi jemaah umrah dan pelancong Muslim. Hotel ini menawarkan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan yang sesuai untuk keluarga dan kumpulan.

  • Lokasi: Abi Obaida ibn Aljarrah Street, Kawasan Utara Pusat, Madinah

  • Jarak ke Masjid Nabawi: Sekitar 100 meter (anggaran 1–2 minit berjalan kaki)

  • Jarak ke Lapangan Terbang: 25 minit pemanduan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Prince Mohammad Bin Abdulaziz

Hotel ini menawarkan 240 bilik dan suite dengan pelbagai pilihan. Setiap bilik dilengkapi dengan penghawa dingin, TV skrin rata, bar mini, cerek elektrik, bilik mandi peribadi dengan pengering rambut dan Wi-Fi percuma di seluruh kawasan hotel.

Terdapat dua restoran iaitu :

  • Al Rawda Restaurant (tingkat mezzanine)

  • Al Rabwa Restaurant (tingkat 2)

Kedua-duanya menyediakan bufet dengan pelbagai pilihan makanan antarabangsa dan tempatan. Perkhidmatan bilik 24 jam juga disediakan.

Pakej Makan :

  • Hotel Madinah : Fullboard

Borang Pendaftaran Tempahan Pakej Umrah

Penting: Sila baca dengan teliti sebelum mengisi borang pendaftaran ini

  1. Pendaftaran hanya akan diproses setelah bayaran deposit diterima.
  2. Bayaran baki penuh hendaklah dijelaskan selewat-lewatnya 60 hari sebelum tarikh penerbangan.
  3. Kegagalan menjelaskan bayaran penuh dalam tempoh yang ditetapkan boleh mengakibatkan pembatalan tempahan tanpa pemulangan deposit.
  4. Setiap maklumat jemaah wajib diisi dengan lengkap dan tepat melalui borang ini. Pihak syarikat tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kesilapan maklumat yang diberikan.
  5. Pendaftaran ini tertakluk kepada sebarang perubahan dari semasa ke semasa.
  6. Sila membaca dan memahami terma serta syarat pakej sebelum membuat bayaran deposit.

Maklumat Pelanggan
Merujuk kepada individu yang membuat tempahan. Semua invois dan resit rasmi akan dikeluarkan atas nama ini.

Maklumat Peserta
Merujuk kepada individu yang akan menyertai rombongan pakej. Sekiranya pelanggan turut serta, pendaftaran sebagai peserta juga adalah wajib.

Perlukan Bantuan? Berbual Dengan Pegawai Kami

Untuk sebarang pertanyaan lanjut atau konsultasi berkaitan pakej, sila berhubung dengan pegawai jualan kami. Pegawai jualan kami bersedia memberikan maklumat terperinci dan khidmat nasihat bagi memastikan perancangan perjalanan anda berjalan lancar.

Pn. Norfarahumizah
Pn. NorfarahumizahCall/WhatsApp
En. Zafran Akif
En. Zafran AkifCall/WhatsApp
Pn. Ameira
Pn. AmeiraCall/WhatsApp
Cik Umu Kalthum
Cik Umu KalthumCall/WhatsApp

Pejabat : +603 7831 6740

Star Avenue Commercial Centre B-29, Jalan Zuhal U5, 179, Seksyen U5, Bandar Pinggiran Subang, 40150 Shah Alam, Selangor, Shah Alam, Malaysia.

Search