Pakej Umrah 12 Hari 10 Malam
Umrah Musim Haji 1449H

Ringkasan Pakej
Pengalaman Penuh Makna, Perjalanan Penuh Keberkatan
Hayati keistimewaan beribadah di Tanah Suci menerusi Pakej Umrah Musim Haji 2027 bersama MKM. Nikmati peluang mendekatkan diri kepada Allah SWT, memperbanyakkan ibadah serta menghayati keindahan Makkah dan Madinah dalam sebuah perjalanan yang dirancang untuk memberikan pengalaman umrah yang bermakna dan selesa.
Dengan penginapan hotel berhampiran Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, serta kemudahan perjalanan yang komprehensif, kami komited membantu jemaah menunaikan ibadah dengan lebih teratur, tenang dan terurus.
Jadikan perjalanan ke Tanah Suci sebagai satu pengalaman yang penuh penghayatan, ketenangan dan kenangan bermakna. Rancang perjalanan umrah anda bersama MKM dan bersedia untuk menyambut peluang beribadah di Makkah dan Madinah.
Tempat adalah tertakluk kepada kekosongan dan pengesahan tempahan. Hubungi kami hari ini untuk mendapatkan maklumat lanjut serta membuat pendaftaran.
Pilihan Tarikh Penerbangan Pakej
Tarikh Pergi | Tarikh Balik | Sektor | Airlines | Harga Bermula | Lock Seat |
|---|---|---|---|---|---|
02/06/2027 | 12/06/2027 | KUL-JED / MED-KUL | RM 9,390.00 | ||
03/06/2027 | 13/06/2027 | KUL-JED / MED-KUL | RM 9,390.00 | ||
09/06/2027 | 19/06/2027 | KUL-JED / MED-KUL | RM 9,390.00 | ||
10/06/2027 | 20/06/2027 | KUL-JED / MED-KUL | RM 9,390.00 |
*Tarikh penerbangan tertakluk kepada perubahan | Lock Seat dengan pembayaran deposit sahaja.
Pilihan Tarikh Penerbangan
Penginapan Di Makkah al-Mukarramah (مكة المكرمة)
Nama Hotel : Mövenpick Hajar Tower Makkah @ setaraf
Mövenpick Hotel & Residence Hajar Tower Makkah merupakan hotel bertaraf 5 bintang yang terletak di dalam kompleks Abraj Al Bait, hanya beberapa langkah dari Masjidil Haram dan menghadap Pintu Raja Abdul Aziz.
Lokasinya sangat strategik bagi jemaah Umrah dan Haji kerana akses mudah ke Kaabah dan kawasan sekitarnya.
Terletak di tengah-tengah Makkah, menawarkan pemandangan langsung ke Masjidil Haram.
Menawarkan 1,027 bilik dan suite yang dilengkapi dengan penghawa dingin, Wi-Fi percuma, TV LCD dengan lebih 80 saluran antarabangsa, kemudahan membuat teh dan kopi, serta perkhidmatan bilik 24 jam .
Mövenpick mempunyai lima restoran yang menyajikan pelbagai hidangan antarabangsa dan Swiss. Antaranya termasuk Al Nasim, Al Diwan, Al Naim, serta bufet di Al Firdaous dan Hajar Restaurant .
Terdapat perkhidmatan valet parking, pusat perniagaan, kelab kanak-kanak, dan kedai-kedai dalam kompleks hotel.
Pakej Makan :
Hotel Makkah : Sarapan sahaja
Penginapan Di Madinah al-Munawwarah (المدينة المنورة)
Hotel: Nozol Royal Inn Madinah @ setaraf
Hotel Nozol Royal Inn ialah sebuah hotel 4 bintang yang terletak di kawasan Utara Madinah, hanya 100 meter dari Masjid Nabawi.
Faktor lokasi menjadikannya pilihan popular bagi jemaah umrah dan pelancong Muslim. Hotel ini menawarkan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan yang sesuai untuk keluarga dan kumpulan.
Lokasi: Abi Obaida ibn Aljarrah Street, Kawasan Utara Pusat, Madinah
Jarak ke Masjid Nabawi: Sekitar 100 meter (anggaran 1–2 minit berjalan kaki)
Jarak ke Lapangan Terbang: 25 minit pemanduan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Prince Mohammad Bin Abdulaziz
Hotel ini menawarkan 240 bilik dan suite dengan pelbagai pilihan. Setiap bilik dilengkapi dengan penghawa dingin, TV skrin rata, bar mini, cerek elektrik, bilik mandi peribadi dengan pengering rambut dan Wi-Fi percuma di seluruh kawasan hotel.
Terdapat dua restoran iaitu :
Al Rawda Restaurant (tingkat mezzanine)
Al Rabwa Restaurant (tingkat 2)
Kedua-duanya menyediakan bufet dengan pelbagai pilihan makanan antarabangsa dan tempatan. Perkhidmatan bilik 24 jam juga disediakan.
Pakej Makan :
Hotel Madinah : Fullboard
Borang Pendaftaran Tempahan Pakej Umrah
Penting: Sila baca dengan teliti sebelum mengisi borang pendaftaran ini
- Pendaftaran hanya akan diproses setelah bayaran deposit diterima.
- Bayaran baki penuh hendaklah dijelaskan selewat-lewatnya 60 hari sebelum tarikh penerbangan.
- Kegagalan menjelaskan bayaran penuh dalam tempoh yang ditetapkan boleh mengakibatkan pembatalan tempahan tanpa pemulangan deposit.
- Setiap maklumat jemaah wajib diisi dengan lengkap dan tepat melalui borang ini. Pihak syarikat tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kesilapan maklumat yang diberikan.
- Pendaftaran ini tertakluk kepada sebarang perubahan dari semasa ke semasa.
- Sila membaca dan memahami terma serta syarat pakej sebelum membuat bayaran deposit.
Maklumat Pelanggan
Merujuk kepada individu yang membuat tempahan. Semua invois dan resit rasmi akan dikeluarkan atas nama ini.
Maklumat Peserta
Merujuk kepada individu yang akan menyertai rombongan pakej. Sekiranya pelanggan turut serta, pendaftaran sebagai peserta juga adalah wajib.
Pilihan Pakej Umrah MKM Ticketing, Travel & Tours Sdn Bhd



Perlukan Bantuan? Berbual Dengan Pegawai Kami
Untuk sebarang pertanyaan lanjut atau konsultasi berkaitan pakej, sila berhubung dengan pegawai jualan kami. Pegawai jualan kami bersedia memberikan maklumat terperinci dan khidmat nasihat bagi memastikan perancangan perjalanan anda berjalan lancar.
Pejabat : +603 7831 6740
Star Avenue Commercial Centre B-29, Jalan Zuhal U5, 179, Seksyen U5, Bandar Pinggiran Subang, 40150 Shah Alam, Selangor, Malaysia.



