Pakej Umrah 12 Hari 10 Malam
عمره منارا جم
Pakej Umrah
Menara Jam Premium


Ringkasan Pakej
Menginap di Hotel Bertaraf 5 Bintang hanya 50 meter dari Masjidil Haram!
Pakej Umrah Menara Jam Premium adalah pakej 12 Hari 10 Malam yang menawarkan penginapan di hotel 5 bintang yang pastinya menjadi pilihan utama jemaah.
Di Makkah, para jemaah akan menginap selama 5 malam di hotel bertaraf 5 bintang dan berjarak 50 meter.
Manakala di Madinah jemaah akan menginap selama 5 malam dengan hotel bertaraf 5 Bintang berjarak lebih kurang 30 meter.
Pakej ini juga merupakan Penerbangan Terus menggunakan Malaysia Airlines.
Bayangkan setiap langkah anda ke Masjidil Haram hanya ±50 meter dari lobi hotel. Tiada perlu jalan jauh, tiada perlu risau kesesakan. Setiap waktu solat, anda berada antara yang terawal di saf hadapan.
Bukan sekadar penginapan strategik, ini pengalaman ibadah yang tenang, selesa, dan penuh keberkatan.
Pilihan Tarikh Penerbangan Pakej
Tarikh Pergi | Tarikh Balik | Sektor | Airlines | Harga Bermula | Lock Seat |
|---|---|---|---|---|---|
19/11/2026 | 29/11/2026 | KUL-JED / MED-KUL | RM 13,490.00 |
*Tarikh penerbangan tertakluk kepada perubahan | Lock Seat dengan pembayaran deposit sahaja.
Tarikh Pergi | Tarikh Balik | Sektor | Airlines | Harga Bermula | Lock Seat |
|---|---|---|---|---|---|
09/12/2026 | 19/12/2026 | KUL-JED / MED-KUL | RM 15,790.00 | ||
24/12/2026 | 03/01/2027 | KUL-JED / MED-KUL | RM 15,790.00 |
*Tarikh penerbangan tertakluk kepada perubahan | Lock Seat dengan pembayaran deposit sahaja.
Pilihan Tarikh Penerbangan
Penginapan Di Makkah al-Mukarramah (مكة المكرمة)
Nama Hotel : Pullman Zam Zam @ setaraf
Pullman Zam Zam Makkah merupakan hotel bertaraf 5 bintang yang terletak sangat hampir dengan Masjidil Haram. ia menjadikannya pilihan ideal bagi jemaah Umrah yang mengutamakan keselesaan serta kemudahan akses ke Kaabah.
Hotel ini menawarkan lokasi yang amat strategik, hanya beberapa minit berjalan kaki ke Masjidil Haram dan berdekatan dengan Pintu Raja Abdul Aziz, memudahkan pergerakan jemaah ke kawasan ibadah utama.
Terletak di pusat bandar Makkah, Pullman Zam Zam Makkah menyediakan pemandangan menakjubkan ke arah Masjidil Haram dari bilik-bilik terpilih, mewujudkan suasana tenang dan eksklusif sepanjang penginapan.
Hotel ini menampilkan ratusan bilik dan suite moden yang direka elegan, lengkap dengan Penghawa dingin, Wi-Fi percuma dan TV skrin rata. Terdapat juga kemudahan membuat teh dan kopi serta Perkhidmatan bilik 24 jam.
Pullman Zam Zam Makkah adalah pilihan sempurna bagi mereka yang mencari penginapan mewah, selesa dan dekat dengan Masjidil Haram, bagi memastikan ibadah Umrah dan Haji dilaksanakan dengan lebih khusyuk dan tenang.
Pakej Makan :
Hotel Makkah : Fullboard
Aturcara Umum
Hari Pertama
Daftar Masuk Hotel

Setelah tiba di Airport Jeddah, Jemaah akan menaiki bas terus ke hotel penginapan. Jemaah akan daftar masuk di hotel dan kemudian akan terus dibawa oleh mutawwif untuk menyempurnakan ibadah umrah wajib (Tawaf, Sa'i dan Tahallul).
Hari Pertama
Hari Ke-2
Ziarah Dalam

Ziarah Dalam : Jemaah bersama Mutawwif menziarahi sekitar Masjidil Haram dan tempat-tempat bersejarah.
Antara lokasi lawatan ialah Jabal Abi Qubais, Tapak Rumah Saidatina Khadijah, Tapak Rumah Kelahiran Rasulullah dan kawasan sekitarnya.
Jemaah digalakkan untuk memperbanyakkan ibadah di dalam Masjidilharam.
Hari ke-3
Ziarah Manasik

Ziarah Luar : Jemaah akan dibawa melawat ke tempat-tempat bersejarah seperti Jabal Thur, Padang Arafah, Jabal Rahmah, Muzdalifah, Mina, Jamaraat & Masjid Ji'ranah.
Jemaah berpeluang menunaikan Umrah dengan berniat Umrah di Miqat Masjid Ji'ranah.
Hari ke-3
Hari ke-4
Aktiviti Bebas

Aktiviti Bebas : Jemaah digalakkan untuk memperbanyakkan ibadah dalam Masjidilharam.
Jemaah berpeluang menunaikan Umrah dengan berniat Umrah di Miqat Masjid Saidatina Aisyah (Masjid Tanaim) dengan perbelanjaan sendiri.
Hari ke-5
Ziarah Hudaibiyah

Ziarah Luar : Jemaah akan dibawa melawat ke Masjid Hudaibiyah dan Muzium Al-Haramain (jika mendapat permit).
Jemaah berpeluang menunaikan Umrah dengan berniat Umrah di Miqat Masjid Hudaibiyah.
Hari ke-5
Hari ke-6
Berangkat ke Madinah

Selepas daftar keluar dari hotel, Jemaah akan melakukan tawaf Wida dan terus bergerak ke Madinah Al-Munawarah.
Penginapan Di Madinah al-Munawwarah (المدينة المنورة)
Hotel: Maden Al Rawda @ Setaraf
Hotel Maden Al Rawda Madinah merupakan hotel bertaraf 4 bintang yang terletak sangat hampir dengan Masjid Nabawi, menjadikannya pilihan ideal bagi jemaah Umrah dan ziarah yang mengutamakan keselesaan serta jarak berjalan kaki yang dekat ke masjid.
Hotel ini mempunyai lokasi yang amat strategik, hanya beberapa langkah dari pintu utama Masjid Nabawi dan kawasan Raudhah, memudahkan jemaah untuk menunaikan solat berjemaah serta ibadah harian tanpa perlu perjalanan jauh.
Terletak di pusat bandar Madinah, Hotel Maden Al Rawda menawarkan suasana penginapan yang tenang, selesa dan sesuai untuk jemaah, sama ada individu, pasangan mahupun berkumpulan.
Hotel ini menyediakan bilik-bilik yang luas dan selesa, dilengkapi dengan:
Penghawa dingin
Wi-Fi percuma
TV skrin rata dengan saluran satelit
Kemudahan membuat teh dan kopi
Bilik air peribadi dengan kelengkapan asas
Bagi kemudahan makan, hotel ini mempunyai restoran dalaman yang menyajikan hidangan antarabangsa dan tempatan, sesuai dengan cita rasa jemaah dari pelbagai negara.
Kemudahan tambahan yang disediakan termasuk:
Kaunter penerimaan tetamu 24 jam
Lif untuk kemudahan pergerakan jemaah
Perkhidmatan bilik
Akses mudah ke kedai, restoran dan kawasan ziarah sekitar Masjid Nabawi
Hotel Maden Al Rawda Madinah merupakan pilihan tepat bagi jemaah yang mencari penginapan selesa, praktikal dan dekat dengan Masjid Nabawi, bagi memastikan pengalaman ibadah dan ziarah di Madinah lebih tenang dan bermakna.
Makanan :
Hotel Madinah : Fullboard
Aturcara Umum
Hari ke-7
Daftar Masuk Hotel

Sejurus tiba di kota Madinah, Jemaah akan daftar masuk di hotel penginapan dan melakukan aktiviti bebas.
Hari ke-7
Hari Ke-8
Ziarah Dalam

Ziarah Dalam : Jemaah akan dibawa menziarahi lokasi berikut:
Taman Saqefah Bani Saedah, Perkuburan Baqi’ (Jika dibenarkan), Lokasi Maqam Rasulullah & Lokasi Raudhah.
Hari Ke-9
Aktiviti Bebas

Aktiviti Bebas : Jemaah digalakkan untuk memperbanyakkan ibadah di dalam Masjid Nabawi dan mengunjungi Raudhah.
Hari Ke-9
Hari Ke-10
Ziarah Luar

Ziarah Luar : Jemaah akan dibawa oleh mutawwif menaiki bas untuk Ziarah Luar Kota Madinah. Antara lokasi yang akan dibawa ialah :
Masjid Quba (jemaah dinasihati agar berwudhu di hotel sebelum bergerak ke Masjid Quba’), Masjid Qiblatain, Masjid Tujuh, Bukit Uhud, Ladang Kurma.
Hari ke-11 & ke-12
Berangkat Pulang ke Malaysia

Jemaah akan bergerak ke lapangan terbang Madinah untuk pulang ke Kuala Lumpur. Ketibaan jemaah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) biasanya pada hari yang berikutnya (hari yang ke-12).
Hari ke-11 & ke-12
NOTA PENTING :
Ziarah tambahan berbayar seperti lawatan ke Taif, Badar dan lain-lain adalah tertakluk kepada perancangan serta pengurusan oleh mutawwif bagi pakej perjalanan masing-masing.
Semua atur cara yang dinyatakan adalah bersifat cadangan dan tertakluk kepada sebarang perubahan, penyesuaian atau pindaan berdasarkan keadaan semasa serta pematuhan kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) terkini yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi.
Pihak syarikat tidak bertanggungjawab untuk sebarang bayaran pampasan atau ganti rugi bagi lawatan yang dibatalkan akibat faktor-faktor di luar kawalan pihak syarikat.
Borang Pendaftaran Tempahan Pakej Umrah
Penting: Sila baca dengan teliti sebelum mengisi borang pendaftaran ini
- Pendaftaran hanya akan diproses setelah bayaran deposit diterima.
- Bayaran baki penuh hendaklah dijelaskan selewat-lewatnya 60 hari sebelum tarikh penerbangan.
- Kegagalan menjelaskan bayaran penuh dalam tempoh yang ditetapkan boleh mengakibatkan pembatalan tempahan tanpa pemulangan deposit.
- Setiap maklumat jemaah wajib diisi dengan lengkap dan tepat melalui borang ini. Pihak syarikat tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kesilapan maklumat yang diberikan.
- Pendaftaran ini tertakluk kepada sebarang perubahan dari semasa ke semasa.
- Sila membaca dan memahami terma serta syarat pakej sebelum membuat bayaran deposit.
Maklumat Pelanggan
Merujuk kepada individu yang membuat tempahan. Semua invois dan resit rasmi akan dikeluarkan atas nama ini.
Maklumat Peserta
Merujuk kepada individu yang akan menyertai rombongan pakej. Sekiranya pelanggan turut serta, pendaftaran sebagai peserta juga adalah wajib.
Pilihan Pakej Umrah MKM Ticketing, Travel & Tours Sdn Bhd



Perlukan Bantuan? Berbual Dengan Pegawai Kami
Untuk sebarang pertanyaan lanjut atau konsultasi berkaitan pakej, sila berhubung dengan pegawai jualan kami. Pegawai jualan kami bersedia memberikan maklumat terperinci dan khidmat nasihat bagi memastikan perancangan perjalanan anda berjalan lancar.
Pejabat : +603 7831 6740
Star Avenue Commercial Centre B-29, Jalan Zuhal U5, 179, Seksyen U5, Bandar Pinggiran Subang, 40150 Shah Alam, Selangor, Malaysia.





