Pakej 5 Hari 4 Malam / 13 Hari 11 Malam
Pakej Leisure /
Leisure Plus Amman Jordan


Ringkasan Pakej
Pakej Leisure / Leisure Plus Amman Jordan merupakan sebuah pakej pelancongan eksklusif yang menggabungkan pengalaman meneroka keindahan sejarah dan warisan Jordan dengan peluang menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci Makkah.
Perjalanan dimulakan dengan eksplorasi bumi Jordan selama 5 hari, meliputi destinasi utama seperti Amman, Petra, Laut Mati dan Wadi Rum. Di Amman, peserta akan dibawa melawat pelbagai lokasi bersejarah seperti kubu lama (Citadel), teater Romawi, serta masjid-masjid yang mencerminkan perkembangan tamadun Islam dan Rom.
Perjalanan diteruskan ke Petra, sebuah tapak warisan dunia yang terkenal sebagai “Bandar Batu” dan diiktiraf sebagai salah satu daripada 7 keajaiban dunia moden. Peserta akan berpeluang menyaksikan keindahan seni bina purba yang diukir pada tebing batu serta memahami sejarah tamadun Nabatean yang pernah berkembang di kawasan ini.
Selepas menyempurnakan lawatan di Jordan, perjalanan diteruskan ke Tanah Suci Makkah untuk menunaikan ibadah umrah selama 5 hari bagi yang menyertai pakej Leisure Plus, manakala peserta pakej Leisure akan terus pulang ke Malaysia. Setibanya di Makkah, peserta akan dibimbing oleh mutawif berpengalaman untuk melaksanakan ibadah umrah dengan sempurna.
Salah satu keistimewaan pakej ini ialah lawatan ke Madinah untuk menziarahi Maqam Rasulullah SAW. Perjalanan ke Madinah menaiki kereta api laju (Haramain Speed Train) yang selesa untuk pergi dan balik.
Dengan susunan itinerari yang terancang, penginapan selesa, serta bimbingan profesional sepanjang perjalanan, peserta dijamin memperoleh pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
Pilihan Tarikh Penerbangan Pakej
Tarikh Pergi | Tarikh Balik | Sektor | Airlines | Harga Bermula | Lock Seat |
|---|---|---|---|---|---|
01/10/2026 | 13/10/2026 | KUL-JED / JED-AMM / AMM-JED / JED-KUL | RM 13,050.00 | ||
01/10/2026 | 06/10/2026 | KUL-JED / JED-AMM / AMM-JED / JED-KUL | RM 7,090.00 |
*Tarikh penerbangan tertakluk kepada perubahan | Lock Seat dengan pembayaran deposit sahaja.
Pilihan Tarikh Penerbangan
*Tarikh penerbangan tertakluk kepada perubahan | Lock Seat dengan pembayaran deposit sahaja.
Borang Pendaftaran Tempahan Pakej Umrah
Penting: Sila baca dengan teliti sebelum mengisi borang pendaftaran ini
- Pendaftaran hanya akan diproses setelah bayaran deposit diterima.
- Bayaran baki penuh hendaklah dijelaskan selewat-lewatnya 60 hari sebelum tarikh penerbangan.
- Kegagalan menjelaskan bayaran penuh dalam tempoh yang ditetapkan boleh mengakibatkan pembatalan tempahan tanpa pemulangan deposit.
- Setiap maklumat jemaah wajib diisi dengan lengkap dan tepat melalui borang ini. Pihak syarikat tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kesilapan maklumat yang diberikan.
- Pendaftaran ini tertakluk kepada sebarang perubahan dari semasa ke semasa.
- Sila membaca dan memahami terma serta syarat pakej sebelum membuat bayaran deposit.
Maklumat Pelanggan
Merujuk kepada individu yang membuat tempahan. Semua invois dan resit rasmi akan dikeluarkan atas nama ini.
Maklumat Peserta
Merujuk kepada individu yang akan menyertai rombongan pakej. Sekiranya pelanggan turut serta, pendaftaran sebagai peserta juga adalah wajib.
Pilihan Pakej Umrah MKM Ticketing, Travel & Tours Sdn Bhd



Perlukan Bantuan? Berbual Dengan Pegawai Kami
Untuk sebarang pertanyaan lanjut atau konsultasi berkaitan pakej, sila berhubung dengan pegawai jualan kami. Pegawai jualan kami bersedia memberikan maklumat terperinci dan khidmat nasihat bagi memastikan perancangan perjalanan anda berjalan lancar.
Pejabat : +603 7831 6740
Star Avenue Commercial Centre B-29, Jalan Zuhal U5, 179, Seksyen U5, Bandar Pinggiran Subang, 40150 Shah Alam, Selangor, Malaysia.





