Pakej 8 Hari 6 Malam / 13 Hari 11 Malam

Pakej Leisure /
Leisure Plus Casablanca Morocco

Ringkasan Pakej

Pakej Leisure / Leisure Plus Casablanca merupakan sebuah pakej pelancongan eksklusif yang menggabungkan pengalaman meneroka keindahan budaya, sejarah dan seni bina Morocco dengan peluang menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci Makkah.

Dengan tempoh pakej selama 8 hari 6 malam (Pakej Leisure sahaja) / 13 hari 11 malam (Pakej Leisure Plus), ia dirancang secara menyeluruh bagi memberikan keseimbangan antara lawatan santai, penerokaan budaya yang unik serta pengisian rohani yang bermakna.

Perjalanan dimulakan dengan eksplorasi bumi Maghribi selama beberapa hari, meliputi destinasi utama seperti Casablanca, Rabat, Marrakech dan kawasan sekitarnya.

Sepanjang perjalanan, peserta juga berpeluang menikmati keindahan landskap Negara Morocco yang pelbagai daripada bandar pesisir pantai hingga ke kawasan pergunungan dan padang pasir. Pengalaman ini bukan sahaja memperkenalkan keunikan budaya tempatan, malah memberi peluang untuk memahami sejarah panjang tamadun Islam di Afrika Utara.

Selepas menyempurnakan lawatan di Morocco, perjalanan diteruskan ke Tanah Suci Makkah untuk menunaikan ibadah umrah selama 5 hari bagi peserta yang memilih pakej Leisure Plus, manakala peserta pakej Leisure akan pulang ke Malaysia. Setibanya di Makkah, peserta akan dibimbing oleh mutawif berpengalaman untuk melaksanakan ibadah umrah dengan sempurna dan teratur.

Sebagai pelengkap perjalanan rohani, semua jemaah turut berpeluang menziarahi Madinah bagi menunaikan solat di Masjid Nabawi serta menziarahi makam Rasulullah SAW. Perjalanan ke Madinah dilakukan dengan menaiki keretapi laju (Haramain Speed Train) yang moden, selesa dan efisien, sekaligus memastikan pengalaman perjalanan yang lebih lancar dan bermakna.

Pakej ini bukan sekadar percutian biasa, tetapi satu pengalaman menyeluruh yang menggabungkan keindahan dunia dan ketenangan jiwa dalam satu perjalanan yang tidak dapat dilupakan.

Pilihan Tarikh Penerbangan Pakej

Tarikh Pergi

Tarikh Balik

Sektor

Airlines

Harga Bermula

Lock Seat

03/11/2026

15/11/2026

KUL-JED / JED-CMN / CMN-JED / JED-KUL

Image

RM 16,050.00

03/11/2026

11/11/2026

KUL-JED / JED-CMN / CMN-JED / JED-KUL

Image

RM 9,890.00

*Tarikh penerbangan tertakluk kepada perubahan | Lock Seat dengan pembayaran deposit sahaja.

Pilihan Tarikh Penerbangan

*Tarikh penerbangan tertakluk kepada perubahan | Lock Seat dengan pembayaran deposit sahaja.

Penginapan Hotel Sepanjang Lawatan

Perhatian : Penginapan hotel adalah seperti yang dinyatakan dan tertakluk kepada perubahan kepada hotel yang setaraf.

Borang Pendaftaran Tempahan Pakej Umrah

Penting: Sila baca dengan teliti sebelum mengisi borang pendaftaran ini

  1. Pendaftaran hanya akan diproses setelah bayaran deposit diterima.
  2. Bayaran baki penuh hendaklah dijelaskan selewat-lewatnya 60 hari sebelum tarikh penerbangan.
  3. Kegagalan menjelaskan bayaran penuh dalam tempoh yang ditetapkan boleh mengakibatkan pembatalan tempahan tanpa pemulangan deposit.
  4. Setiap maklumat jemaah wajib diisi dengan lengkap dan tepat melalui borang ini. Pihak syarikat tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kesilapan maklumat yang diberikan.
  5. Pendaftaran ini tertakluk kepada sebarang perubahan dari semasa ke semasa.
  6. Sila membaca dan memahami terma serta syarat pakej sebelum membuat bayaran deposit.

Maklumat Pelanggan
Merujuk kepada individu yang membuat tempahan. Semua invois dan resit rasmi akan dikeluarkan atas nama ini.

Maklumat Peserta
Merujuk kepada individu yang akan menyertai rombongan pakej. Sekiranya pelanggan turut serta, pendaftaran sebagai peserta juga adalah wajib.

Pilihan Pakej Umrah MKM Ticketing, Travel & Tours Sdn Bhd

Perlukan Bantuan? Berbual Dengan Pegawai Kami

Untuk sebarang pertanyaan lanjut atau konsultasi berkaitan pakej, sila berhubung dengan pegawai jualan kami. Pegawai jualan kami bersedia memberikan maklumat terperinci dan khidmat nasihat bagi memastikan perancangan perjalanan anda berjalan lancar.

Pn. Norfarahumizah
Pn. NorfarahumizahCall/WhatsApp
En. Zafran Akif
En. Zafran AkifCall/WhatsApp
Pn. Ameira
Pn. AmeiraCall/WhatsApp
Cik Umu Kalthum
Cik Umu KalthumCall/WhatsApp

Pejabat : +603 7831 6740

Star Avenue Commercial Centre B-29, Jalan Zuhal U5, 179, Seksyen U5, Bandar Pinggiran Subang, 40150 Shah Alam, Selangor, Malaysia.

Search