Pakej 8 Hari 7 Malam / 13 Hari 11 Malam

Pakej Leisure /
Leisure Plus Istabul-Turkiye

Ringkasan Pakej

Pakej Leisure / Leisure Plus Istanbul-Turkey merupakan satu pakej pelancongan istimewa yang menggabungkan pengalaman melancong santai ke destinasi bersejarah di Turki serta peluang menunaikan ibadah umrah* di Tanah Suci.

Antara lokasi utama termasuk Istanbul, sebuah bandar yang menghubungkan dua benua iaitu Asia dan Eropah, yang kaya dengan monumen bersejarah seperti masjid-masjid ikonik, bazar tradisional, dan peninggalan Empayar Uthmaniyyah.

Peserta juga akan berpeluang menikmati keindahan Cappadocia dengan formasi batuan unik serta pengalaman menaiki belon udara panas (tertakluk kepada keadaan cuaca).

Selain itu, lawatan turut merangkumi Pamukkale yang terkenal dengan teres travertine putih semula jadi, serta bandar bersejarah seperti Konya yang mempunyai nilai spiritual tinggi sebagai pusat penyebaran ajaran sufi.

Selepas menyelesaikan lawatan di Turki, perjalanan diteruskan ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah umrah selama 5 hari. Setibanya di Makkah, peserta akan diberi peluang untuk melaksanakan ibadah umrah dengan bimbingan mutawif berpengalaman.

Salah satu keistimewaan pakej ini ialah lawatan ke Madinah untuk menziarahi Maqam Rasulullah SAW. Perjalanan ke Madinah menaiki kereta api laju (Haramain Speed Train) yang selesa untuk pergi dan balik.

Dengan susunan itinerari yang terancang, penginapan selesa, serta bimbingan profesional sepanjang perjalanan, peserta dijamin memperoleh pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Pilihan Tarikh Penerbangan Pakej

Tarikh Pergi

Tarikh Balik

Sektor

Airlines

Harga Bermula

Lock Seat

02/08/2026

14/08/2026

KUL-JED / JED-IST / IST-JED / JED-KUL

Image

RM 10,850.00

02/08/2026

10/08/2026

KUL-JED / JED-IST / IST-JED / JED-KUL

Image

RM 4,988.00

*Tarikh penerbangan tertakluk kepada perubahan | Lock Seat dengan pembayaran deposit sahaja.

Pilihan Tarikh Penerbangan

Penginapan Hotel Sepanjang Lawatan

Perhatian : Penginapan hotel adalah seperti yang dinyatakan dan tertakluk kepada perubahan kepada hotel yang setaraf.

Borang Pendaftaran Tempahan Pakej Umrah

Penting: Sila baca dengan teliti sebelum mengisi borang pendaftaran ini

  1. Pendaftaran hanya akan diproses setelah bayaran deposit diterima.
  2. Bayaran baki penuh hendaklah dijelaskan selewat-lewatnya 60 hari sebelum tarikh penerbangan.
  3. Kegagalan menjelaskan bayaran penuh dalam tempoh yang ditetapkan boleh mengakibatkan pembatalan tempahan tanpa pemulangan deposit.
  4. Setiap maklumat jemaah wajib diisi dengan lengkap dan tepat melalui borang ini. Pihak syarikat tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kesilapan maklumat yang diberikan.
  5. Pendaftaran ini tertakluk kepada sebarang perubahan dari semasa ke semasa.
  6. Sila membaca dan memahami terma serta syarat pakej sebelum membuat bayaran deposit.

Maklumat Pelanggan
Merujuk kepada individu yang membuat tempahan. Semua invois dan resit rasmi akan dikeluarkan atas nama ini.

Maklumat Peserta
Merujuk kepada individu yang akan menyertai rombongan pakej. Sekiranya pelanggan turut serta, pendaftaran sebagai peserta juga adalah wajib.

Pilihan Pakej Umrah MKM Ticketing, Travel & Tours Sdn Bhd

Perlukan Bantuan? Berbual Dengan Pegawai Kami

Untuk sebarang pertanyaan lanjut atau konsultasi berkaitan pakej, sila berhubung dengan pegawai jualan kami. Pegawai jualan kami bersedia memberikan maklumat terperinci dan khidmat nasihat bagi memastikan perancangan perjalanan anda berjalan lancar.

Pn. Norfarahumizah
Pn. NorfarahumizahCall/WhatsApp
En. Zafran Akif
En. Zafran AkifCall/WhatsApp
Pn. Ameira
Pn. AmeiraCall/WhatsApp
Cik Umu Kalthum
Cik Umu KalthumCall/WhatsApp

Pejabat : +603 7831 6740

Star Avenue Commercial Centre B-29, Jalan Zuhal U5, 179, Seksyen U5, Bandar Pinggiran Subang, 40150 Shah Alam, Selangor, Malaysia.

Search