Aturcara Umum / Cadangan
PAKEJ 13 HARI 11 MALAM
SEKTOR KUL-MED / JED-KUL
Aktiviti @ Madinah
Madinah adalah tempat yang penuh ketenangan dan keberkatan. Aktiviti di Madinah lebih tertumpu kepada ziarah dan solat berjemaah di Masjid Nabawi serta mendalami sejarah perjuangan Rasulullah SAW.
Aktiviti Utama di Madinah
Solat berjemaah di Masjid Nabawi. (Pahala 1000x ganda)
Ziarah ke Makam Rasulullah SAW dan para sahabat.
Solat, berdoa dan beribadah di Raudhah. (kawasan antara makam Rasulullah SAW dan mimbar, yang dianggap sebagai taman syurga).
Menghayati sejarah dan perjuangan Islam.
Berkunjung ke pasar dan kedai untuk membeli-belah.
Ziarah sekitar madinah & tempat bersejarah seperti:
Masjid Quba’: Masjid pertama yang dibina oleh Rasulullah SAW. Sangat digalakkan untuk solat di sini kerana pahalanya seperti ganjaran satu umrah.
Masjid Qiblatain: Tempat di mana kiblat ditukar dari Masjidil Aqsa ke Kaabah.
Bukit Uhud dan Makam Syuhada Uhud: Tempat berlakunya Perang Uhud dan lokasi para syuhada disemadikan.
Ladang Kurma: Melawat kebun kurma untuk membeli kurma segar dan produk kurma.
Masjid Tujuh (Khandaq): Tempat bersejarah berkaitan Perang Khandak.






Aturcara Umum
Hari Pertama
Daftar Masuk Hotel

Setelah tiba di Airport Madinah, Jemaah akan menaiki bas terus hotel penginapan. Selepas proses daftar masuk, jemaah boleh melakukan aktiviti bebas.
Hari Pertama
Hari Ke-2
Ziarah Dalam

Jemaah akan daftar masuk di hotel penginapan dan melakukan aktiviti Ziarah Dalam : Jemaah akan dibawa menziarahi lokasi berikut:
Taman Saqefah Bani Saedah, Perkuburan Baqi’ (Jika dibenarkan), Lokasi Maqam Rasulullah & Lokasi Raudhah.
Hari Ke-3
Ziarah Raudhah

Ziarah Raudhah lelaki akan dibawa oleh mutawwif ke pintu masjid. (tertakluk kepada keadaan semasa) manakala
Ziarah Raudhah wanita akan dibawa sehingga tempat beratur untuk memasuki Masjid Nabawi ke ruangan Raudhah Wanita. (tertakluk kepada keadaan semasa)
Hari Ke-3
Hari Ke-4
Ziarah Luar

Ziarah Luar : Jemaah akan dibawa oleh mutawwif menaiki bas untuk Ziarah Luar Kota Madinah. Antara lokasi yang akan dibawa ialah :
Masjid Quba (jemaah dinasihati agar berwudhu di hotel sebelum bergerak ke Masjid Quba’), Masjid Qiblatain, Masjid Tujuh, Bukit Uhud, Ladang Kurma.
Hari Ke-5
Aktiviti Bebas

Aktiviti Bebas : Jemaah digalakkan untuk memperbanyakkan ibadah di dalam Masjid Nabawi dan mengunjungi Raudhah.
Hari Ke-5
Hari ke-6
Berangkat ke Mekah

Selepas daftar keluar dari hotel, Jemaah akan menaiki bas terus ke Mekah Al-Mukarramah dan akan berniat ihram di Miqat Masjid Bir Ali.
Mutawwif akan membimbing Jemaah menyempurnakan ibadah umrah yang pertama (Tawaf, Sa’I dan Tahallul).
NOTA PENTING :
Semua aturcara adalah cadangan sahaja dan masih tertakluk kepada perubahan dan pindaan mengikut keadaan semasa dan SOP terkini yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi.
Pihak syarikat tidak akan membayar ganti rugi untuk lawatan yang dibatalkan atas faktor-faktor yang diluar kawalan pihak syarikat.
Aktiviti @ Makkah
Makkah adalah tempat di mana ibadah umrah dan rukun-rukun utamanya akan dilaksanakan. Aktiviti di Makkah tertumpu kepada ibadah khusus, di samping beberapa ziarah ke tempat-tempat bersejarah.
Aktiviti Utama di Mekah
Melaksanakan Ibadah Umrah.
Solat berjemaah di Masjidil Haram (Pahala 100,000x ganda)
Beribadah di sekitar Kaabah.
Qiyamul Lail (Solat Tahajud) dan Ibadah Malam.
Berdoa di Multazam dan Hijir Ismail.
Ziarah Sekitar Makkah & Tempat Bersejarah seperti:
Jabal Nur: Tempat terletaknya Gua Hira’ di mana Nabi Muhammad SAW menerima wahyu pertama.
Jabal Thur: Lokasi Gua Thur di mana Nabi Muhammad SAW dan Saidina Abu Bakar bersembunyi dalam perjalanan hijrah ke Madinah.
Mina, Arafah, dan Muzdalifah: Tempat-tempat penting bagi ibadah haji.
Jabal Rahmah: Tempat bertemunya Nabi Adam dan Hawa.
Masjid Ji'ranah atau Masjid Tanaim: Tempat miqat untuk umrah sunat.






Aturcara Umum
Hari ke-7
Ziarah Dalam

Ziarah Dalam : Jemaah bersama Mutawwif menziarahi sekitar Masjidil Haram dan tempat-tempat bersejarah. Antara lokasi lawatan ialah Jabal Abi Qubais, Tapak Rumah Saidatina Khadijah, Tapak Rumah Kelahiran Rasulullah dan kawasan sekitarnya.
Hari ke-7
Hari ke-8
Aktiviti Bebas

Aktiviti Bebas : Jemaah digalakkan untuk memperbanyakkan ibadah dalam Masjidilharam.
Jemaah berpeluang menunaikan Umrah ke-2 dengan berniat ihram di Miqat Masjid Saidatina Aisyah (Masjid Tanaim) dengan perbelanjaan sendiri.
Hari ke-9
Ziarah Manasik

Ziarah Luar : Jemaah akan dibawa melawat ke tempat-tempat bersejarah seperti Jabal Thur, Padang Arafah, Jabal Rahmah, Muzdalifah, Mina, Jamaraat & Masjid Ji'ranah.
Jemaah berpeluang menunaikan Umrah ke-3 dengan berniat ihram di Miqat Masjid Ji'ranah.
Hari ke-9
Hari ke-10
Ziarah Hudaibiyah

Ziarah Luar : Jemaah akan dibawa melawat ke Masjid Hudaibiyah dan Muzium Al-Haramain (jika mendapat permit).
Jemaah berpeluang menunaikan Umrah ke-4 dengan berniat ihram di Miqat Masjid Hudaibiyah.
Hari Ke-11
Ziarah Taif

Tawaf Wida dan daftar keluar hotel. Berangkat ke Taif dan melakukan
Ziarah Taif : Jemaah bersama Mutawwif menziarahi sekitar tempat-tempat bersejarah. Antara lokasi lawatan ialah Masjid Ibnu Abbas, Pasar buah-buahan & Kilang Ros. Makan tengahari di Restoren Nasi Arab terpilih.
Hari Ke-11
Hari ke-12 & 13
Berangkat Pulang ke Malaysia

Jemaah akan bergerak ke lapangan terbang Jeddah untuk pulang ke Kuala Lumpur. Ketibaan jemaah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) biasanya pada hari yang berikutnya (hari yang ke-13).
NOTA PENTING :
Semua aturcara adalah cadangan sahaja dan masih tertakluk kepada perubahan dan pindaan mengikut keadaan semasa dan SOP terkini yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi.
Pihak syarikat tidak akan membayar ganti rugi untuk lawatan yang dibatalkan atas faktor-faktor yang diluar kawalan pihak syarikat.

































