TAKLIMAT AWAL OPERASI PERJALANAN UMRAH
اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكَاتُهُ.
Terlebih dahulu, kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kepercayaan tuan-tuan dan puan-puan kerana memilih MKM Ticketing, Travel & Tours sebagai pengendali perjalanan ibadah Umrah tuan/puan.
Taklimat ini bertujuan untuk memberikan penerangan menyeluruh mengenai keseluruhan proses perjalanan Umrah di MKM. Bermula dari pendaftaran sehinggalah kembali semula ke tanah air, Insya-Allah.
Secara umumnya, pelaksanaan operasi Umrah di bawah kelolaan MKM dibahagikan kepada tiga fasa utama. Setiap fasa merangkumi aspek-aspek penting yang perlu diberi perhatian oleh para jemaah sekalian.
Sila ikuti dan lakukan semakan terhadap setiap proses di bawah agar tuan/puan tidak ketinggalan setiap info yang diberikan.
Ringkasan Terma & Syarat
Setelah berdaftar, pelanggan dikira faham dan setuju dengan semua pakej yang ditawarkan serta terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat.
Pihak syarikat mempunyai hak untuk membuat sebarang perubahan ke atas tarikh, aturcara, penerbangan, hotel dan harga Pakej. Sebarang perubahan adalah tertakluk kepada pihak pembekal serta perubahan SOP semasa oleh kerajaan Arab Saudi. Sebarang perubahan akan dimaklumkan kepada pelanggan.
Semasa mendaftar, pelanggan perlu menetapkan jenis bilik yang dikehendaki, sama ada Double. Triple atau Quad. Setiap tempahan bilik adalah tertakluk kepada kekosongan jenis bilik yang disediakan oleh pihak syarikat. Pihak syarikat berhak untuk menaik taraf ataupun menurun taraf jenis bilik mengikut kekosongan sedia ada. Sebarang perubahan akan dimaklumkan kepada jemaah lebih awal.
Harga yang dipamerkan adalah harga pada masa penerbitan. Semua harga pakej adalah tertakluk kepada perubahan yang disebabkan oleh kenaikan pada kos penerbangan, kos pengangkutan, kos hotel dan cukai kerajaan Saudi serta Malaysia. Pihak syarikat berhak untuk menaikkan harga pakej berdasarkan kenaikan harga kos semasa melalui notis awal kepada pelanggan.
Pihak syarikat tidak akan dipertanggungjawabkan atau menanggung kos kerugian termasuklah bayaran balik pakej umrah sekiranya pelanggan tidak dibenarkan untuk keluar dan masuk negara oleh pihak imigresen Saudi dan Malaysia.
Terma Pembayaran
Wang pendahuluan (deposit) adalah sebanyak RM 1000.00 bagi setiap jemaah yang mesti dibayar sebagai bayaran tempahan.
Pembayaran Baki Pakej
Pembayaran ansuran secara bulanan adalah dibenarkan.
Namun, jemaah haruslah membuat pembayaran penuh 60 hari sebelum tarikh penerbangan.
Sebarang kegagalan untuk berbuat demikian boleh menyebabkan pembatalan pendaftaran.
Pertukaran Tarikh Penerbangan
Sebarang pertukaran kepada tarikh hanya boleh dibuat selewat- lewatnya tiga (3) bulan sebelum tarikh penerbangan.
Pertukaran adalah wajib menggunakan borang yang telah ditetapkan.
Pembatalan Pakej
Sebarang pembatalan tempahan akan dikenakan caj mengikut terma dan syarat seperti lampiran di bawah.
Jika notis pembatalan diterima 44 hari atau kurang sebelum tarikh berlepas, caj mengikut Akta MOTAC akan dikenakan.
Pembatalan pakej wajib menggunakan borang yang telah ditetapkan.
Sila muat turun terma & syarat untuk rujukan tuan/puan :
https://drive.google.com/file/d/177L9MpxMjoW4IT2-pmx7KMapkMb4CkKV/view
Secara ringkasnya, garis masa berikut adalah digunapakai dalam pengoperasian MKM.
60 hari sebelum penerbangan :
- Pembayaran penuh
- Terima Invoice & Resit Rasmi
- Sertai Group WhatsApp Trip
- Terima Surat Pengesahan Umrah
30 hari sebelum penerbangan :
- Hadir Kursus Umrah
- Pengambilan Bagasi
- Hantar Dokumen Lengkap
- Komunikasi 2 hala di Group WhatsApp
7 hari sebelum penerbangan :
- Terima Info Akhir Trip
- Terima Visa
- Mutawwif sertai Group WhatsApp
TAKLIMAT AWAL OPERASI PERJALANAN UMRAH
اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكَاتُهُ.
Terlebih dahulu, kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kepercayaan tuan-tuan dan puan-puan kerana memilih MKM Ticketing, Travel & Tours sebagai pengendali perjalanan ibadah Umrah tuan/puan.
Taklimat ini bertujuan untuk memberikan penerangan menyeluruh mengenai keseluruhan proses perjalanan Umrah di MKM. Bermula dari pendaftaran sehinggalah kembali semula ke tanah air, Insya-Allah.
Secara umumnya, pelaksanaan operasi Umrah di bawah kelolaan MKM dibahagikan kepada tiga fasa utama. Setiap fasa merangkumi aspek-aspek penting yang perlu diberi perhatian oleh para jemaah sekalian.
Sila ikuti dan lakukan semakan terhadap setiap proses di bawah agar tuan-puan tidak ketinggalan setiap info yang diberikan.
Ringkasan Terma & Syarat
Setelah berdaftar, pelanggan dikira faham dan setuju dengan semua pakej yang ditawarkan serta terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat.
Pihak syarikat mempunyai hak untuk membuat sebarang perubahan ke atas tarikh, aturcara, penerbangan, hotel dan harga Pakej. Sebarang perubahan adalah tertakluk kepada pihak pembekal serta perubahan SOP semasa oleh kerajaan Arab Saudi. Sebarang perubahan akan dimaklumkan kepada pelanggan.
Semasa mendaftar, pelanggan perlu menetapkan jenis bilik yang dikehendaki, sama ada Double. Triple atau Quad. Setiap tempahan bilik adalah tertakluk kepada kekosongan jenis bilik yang disediakan oleh pihak syarikat. Pihak syarikat berhak untuk menaik taraf ataupun menurun taraf jenis bilik mengikut kekosongan sedia ada. Sebarang perubahan akan dimaklumkan kepada jemaah lebih awal.
Harga yang dipamerkan adalah harga pada masa penerbitan. Semua harga pakej adalah tertakluk kepada perubahan yang disebabkan oleh kenaikan pada kos penerbangan, kos pengangkutan, kos hotel dan cukai kerajaan Saudi serta Malaysia. Pihak syarikat berhak untuk menaikkan harga pakej berdasarkan kenaikan harga kos semasa melalui notis awal kepada pelanggan.
Pihak syarikat tidak akan dipertanggungjawabkan atau menanggung kos kerugian termasuklah bayaran balik pakej umrah sekiranya pelanggan tidak dibenarkan untuk keluar dan masuk negara oleh pihak imigresen Saudi dan Malaysia.
Terma Pembayaran
Wang pendahuluan (deposit) adalah sebanyak RM 1000.00 bagi setiap jemaah yang mesti dibayar sebagai bayaran tempahan.
Pembayaran Baki Pakej
Pembayaran ansuran secara bulanan adalah dibenarkan.
Namun, jemaah haruslah membuat pembayaran penuh 60 hari sebelum tarikh penerbangan.
Sebarang kegagalan untuk berbuat demikian boleh menyebabkan pembatalan pendaftaran.
Pertukaran Tarikh Penerbangan
Sebarang pertukaran kepada tarikh hanya boleh dibuat selewat- lewatnya tiga (3) bulan sebelum tarikh penerbangan.
Pertukaran adalah wajib menggunakan borang yang telah ditetapkan.
Pembatalan Pakej
Sebarang pembatalan tempahan akan dikenakan caj mengikut terma dan syarat seperti lampiran di bawah.
Jika notis pembatalan diterima 44 hari atau kurang sebelum tarikh berlepas, caj mengikut Akta MOTAC akan dikenakan.
Pembatalan pakej wajib menggunakan borang yang telah ditetapkan.
Sila muat turun terma & syarat untuk rujukan tuan/puan :
https://drive.google.com/file/d/177L9MpxMjoW4IT2-pmx7KMapkMb4CkKV/view
Secara ringkasnya, garis masa berikut adalah digunapakai dalam pengoperasian MKM.
60 hari sebelum penerbangan :
- Pembayaran penuh
- Terima Invoice & Resit Rasmi
- Sertai Group WhatsApp Trip
- Terima Surat Pengesahan Umrah
30 hari sebelum penerbangan :
- Hadir Kursus Umrah
- Pengambilan Bagasi
- Hantar Dokumen Lengkap
- Komunikasi 2 hala di Group WhatsApp
7 hari sebelum penerbangan :
- Terima Info Akhir Trip
- Terima Visa
- Mutawwif sertai Group WhatsApp

Kursus Umrah & Hantar Dokumen
Sila buat tempahan slot Kursus Umrah mengikut tarikh dan lokasi yang paling sesuai dengan jadual tuan-tuan dan puan-puan.
Kehadiran ke kursus ini adalah wajib sebagai sebahagian daripada persediaan ibadah dan perjalanan.

Semakan Butiran Trip
Tuan-tuan dan puan-puan diminta untuk menyemak butiran berkaitan trip Umrah yang telah ditetapkan.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan & permasalahan, sila maklumkan kepada pihak kami dengan kadar segera bagi mengelakkan sebarang kesulitan semasa perjalanan.
Pejabat : +603 7831 6740
Star Avenue Commercial Centre B-29, Jalan Zuhal U5, 179, Seksyen U5, Bandar Pinggiran Subang, 40150 Shah Alam, Selangor, Malaysia.