Soalan Lazim (FAQ)
Halaman ini memaparkan senarai soalan lazim yang kerap diajukan oleh para pelanggan kami merangkumi pelbagai perkara. Sebelum menghubungi pihak kami, kami menggalakkan anda untuk meneliti soalan dan jawapan yang disediakan di bawah. Berkemungkinan besar jawapan kepada pertanyaan anda telah tersedia. Kami berharap maklumat ini dapat membantu anda mendapatkan penjelasan dengan lebih cepat dan berkesan.
Soalan Berkaitan
Group WhatsApp:
Jemaah akan dimasukkan ke dalam group WhatsApp seawal 60 hari sebelum penerbangan. Manakala Mutawwif trip dimasukkan selewatnya-lewatnya 10 hari sebelum penerbangan.
Soalan Berkaitan
Ibadah Umrah:
Jemaah berpeluang menunaikan seberapa banyak umrah mengikut kemampuan. Namun, umrah dengan bimbingan Mutawwif hanya sekali sahaja.
Soalan Berkaitan
Dokumen Wajib:
Jemaah perlu menghantar dokumen berikut:
- Salinan pasport yang sah (minimum 6 bulan sebelum tamat tempoh).
- Gambar VISA berlatar belakang putih (ukuran standard 4.5 cm x 3.5 cm).
- Dokumen tambahan jika diminta, bergantung kepada keperluan terkini. Sila pastikan dokumen ini dihantar dalam bentuk salinan yang jelas untuk proses pemprosesan visa.
Soalan Berkaitan
Kursus Umrah:
Jadual kursus-kursus umrah akan dimaklumkan di Group WhatsApp Trip masing-masing. Jemaah boleh memilih tarikh kursus yang bersesuaian dengan masa dan lokasi Jemaah.
Soalan Berkaitan
Penerbangan:
Tuan-puan diwajibkan berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA 1 dan terus berkumpul di kawasan berhampiran pintu masuk G5/G6/G7, Aras 5 untuk pendaftaran dan proses tagging bag. Tuan/Puan perlu berkumpul paling lewat 5 jam sebelum penerbangan.
Soalan Berkaitan
Medical Card:
Tidak. Setiap pakej umrah yang ditawarkan hanya disertakan dengan Kad Perubatan Al-Khairi Care. Sekiranya jemaah ingin mendapatkan perlindungan insurans atau takaful tambahan, jemaah boleh membelinya sendiri daripada syarikat penyedia insurans atau takaful yang diyakini.
Soalan Berkaitan
Set Cenderahati:
Set Cenderahati MKM terdiri daripada :
Set Luggage -24" Luggage, 20" Cabin Luggage, Sling Bag & Shoe Bag.
Set Pengenalan Diri ( ID card, Lanyard & luggage tag).
Buku Panduan Umrah.
Tasbih Digital.
Botol Spray Wuduk.
Semua barangan yang terdapat di Set Cenderahati ini adalah percuma dan tertakluk kepada stok semasa. Tiada pulangan wang atau ganti rugi yang akan diberikan sekiranya jemaah tidak dapat atau tidak memerlukan salah satu atau kesemua dari barangan di dalam set cenderahati ini.
Pejabat : +603 7831 6740
Star Avenue Commercial Centre B-29, Jalan Zuhal U5, 179, Seksyen U5, Bandar Pinggiran Subang, 40150 Shah Alam, Selangor, Shah Alam, Malaysia.