Aturcara Umum / Cadangan

PAKEJ 12 HARI 10 MALAM
SEKTOR KUL-MED / JED-KUL

Aktiviti @ Madinah

Madinah adalah tempat yang penuh ketenangan dan keberkatan. Aktiviti di Madinah lebih tertumpu kepada ziarah dan solat berjemaah di Masjid Nabawi serta mendalami sejarah perjuangan Rasulullah SAW.

Aktiviti Utama di Madinah

  1. Solat berjemaah di Masjid Nabawi. (Pahala 1000x ganda)

  2. Ziarah ke Makam Rasulullah SAW dan para sahabat.

  3. Solat, berdoa dan beribadah di Raudhah. (kawasan antara makam Rasulullah SAW dan mimbar, yang dianggap sebagai taman syurga).

  4. Menghayati sejarah dan perjuangan Islam.

  5. Berkunjung ke pasar dan kedai untuk membeli-belah.

  6. Ziarah sekitar madinah & tempat bersejarah seperti:

  • Masjid Quba’: Masjid pertama yang dibina oleh Rasulullah SAW. Sangat digalakkan untuk solat di sini kerana pahalanya seperti ganjaran satu umrah.

  • Masjid Qiblatain: Tempat di mana kiblat ditukar dari Masjidil Aqsa ke Kaabah.

  • Bukit Uhud dan Makam Syuhada Uhud: Tempat berlakunya Perang Uhud dan lokasi para syuhada disemadikan.

  • Ladang Kurma: Melawat kebun kurma untuk membeli kurma segar dan produk kurma.

  • Masjid Tujuh (Khandaq): Tempat bersejarah berkaitan Perang Khandak.

Aturcara Umum

Hari Pertama

Daftar Masuk Hotel

Selepas tiba di lapangan terbang Madinah, jemaah akan dibawa dengan menaiki bas ke hotel di Madinah. Jemaah akan daftar masuk di hotel penginapan dan melakukan aktiviti bebas.

Hari Pertama

Hari ke-2

Ziarah Dalam

Ziarah Dalam : Jemaah akan dibawa menziarahi lokasi berikut:

Taman Saqefah Bani Saedah, Perkuburan Baqi’ (Jika dibenarkan), Lokasi Maqam Rasulullah & Lokasi Raudhah.

Hari ke-3

Aktiviti Bebas

Aktiviti Bebas : Jemaah digalakkan untuk memperbanyakkan ibadah di dalam Masjid Nabawi dan mengunjungi Raudhah.

Hari ke-3

Hari ke-4

Ziarah Luar

Ziarah Luar : Jemaah akan dibawa oleh mutawwif menaiki bas untuk Ziarah Luar Kota Madinah.

Antara lokasi yang akan dibawa ialah :

Masjid Quba (jemaah dinasihati agar berwudhu di hotel sebelum bergerak ke Masjid Quba’), Masjid Qiblatain, Masjid Tujuh, Bukit Uhud, Ladang Kurma.

Hari ke-5

Aktiviti Bebas

Aktiviti Bebas : Jemaah digalakkan untuk memperbanyakkan ibadah di dalam Masjid Nabawi dan mengunjungi Raudhah.

Hari ke-5

Hari ke-6

Berangkat ke Mekah

Jemaah akan bergerak ke Mekah Al-Mukarramah dan bersedia memakai ihram untuk menunaikan Ibadah Umrah.

NOTA PENTING :

Ziarah tambahan berbayar seperti Ziarah ke Taif, Badar dan sebagainya adalah tertakluk kepada perancangan dari Mutawwif trip anda.

Semua aturcara adalah cadangan sahaja dan masih tertakluk kepada perubahan dan pindaan mengikut keadaan semasa dan SOP terkini yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi.

Pihak syarikat tidak akan membayar ganti rugi untuk lawatan yang dibatalkan atas faktor-faktor yang diluar kawalan pihak syarikat.

Aktiviti @ Makkah

Mekah adalah tempat di mana ibadah umrah dan rukun-rukun utamanya akan dilaksanakan. Aktiviti di Mekah tertumpu kepada ibadah khusus, di samping beberapa ziarah ke tempat-tempat bersejarah.

Aktiviti Utama di Mekah

  1. Melaksanakan Ibadah Umrah.

  2. Solat berjemaah di Masjidil Haram (Pahala 100,000x ganda)

  3. Beribadah di sekitar Kaabah.

  4. Qiyamul Lail (Solat Tahajud) dan Ibadah Malam.

  5. Berdoa di Multazam dan Hijir Ismail.

  6. Ziarah Sekitar Mekah & Tempat Bersejarah seperti:

  • Jabal Nur: Tempat terletaknya Gua Hira’ di mana Nabi Muhammad SAW menerima wahyu pertama.

  • Jabal Thur: Lokasi Gua Thur di mana Nabi Muhammad SAW dan Saidina Abu Bakar bersembunyi dalam perjalanan hijrah ke Madinah.

  • Mina, Arafah, dan Muzdalifah: Tempat-tempat penting bagi ibadah haji.

  • Jabal Rahmah: Tempat bertemunya Nabi Adam dan Hawa.

  • Masjid Ji'ranah atau Masjid Tanaim: Tempat miqat untuk umrah sunat.

Aturcara Umum

Hari ke-6

Daftar Masuk Hotel

Setelah tiba di Kota Mekah, Jemaah akan daftar masuk di hotel penginapan dan kemudian akan dibawa oleh mutawwif untuk menyempurnakan ibadah umrah wajib (Tawaf, Sa'i dan Tahallul).

Hari ke-6

Hari ke-7

Ziarah Dalam

Ziarah Dalam : Jemaah bersama Mutawwif menziarahi sekitar Masjidil Haram dan tempat-tempat bersejarah.

Antara lokasi lawatan ialah Jabal Abi Qubais, Tapak Rumah Saidatina Khadijah, Tapak Rumah Kelahiran Rasulullah dan kawasan sekitarnya.

Jemaah digalakkan untuk memperbanyakkan ibadah di dalam Masjidilharam.

Hari ke-8

Ziarah Manasik

Ziarah Luar : Jemaah akan dibawa melawat ke tempat-tempat bersejarah seperti Jabal Thur, Padang Arafah, Jabal Rahmah, Muzdalifah, Mina, Jamaraat & Masjid Ji'ranah.

Jemaah berpeluang menunaikan Umrah kedua dengan berniat Umrah di Miqat Masjid Ji'ranah.

Hari ke-8

Hari ke-9

Aktiviti Bebas

Aktiviti Bebas : Jemaah digalakkan untuk memperbanyakkan ibadah dalam Masjidilharam.

Jemaah berpeluang menunaikan Umrah ketiga dengan berniat Umrah di Miqat Masjid Saidatina Aisyah (Masjid Tanaim) dengan perbelanjaan sendiri.

Hari ke-10

Ziarah Hudaibiyah

Ziarah Luar : Jemaah akan dibawa melawat ke Masjid Hudaibiyah dan Muzium Al-Haramain (jika mendapat permit).

Jemaah berpeluang menunaikan Umrah ke-4 dengan berniat Umrah di Miqat Masjid Hudaibiyah.

Hari ke-10

Hari ke-11 & ke-12

Pulang Ke Malaysia

Jemaah akan bergerak ke lapangan terbang Jeddah untuk pulang ke Kuala Lumpur. Ketibaan jemaah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) biasanya pada hari yang berikutnya (hari yang ke-12).

NOTA PENTING :
Semua aturcara adalah cadangan sahaja dan masih tertakluk kepada perubahan dan pindaan mengikut keadaan semasa dan SOP terkini yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi.

Pihak syarikat tidak akan membayar ganti rugi untuk lawatan yang dibatalkan atas faktor-faktor yang diluar kawalan pihak syarikat.

Aturcara Umum
Pakej 9 Hari 7 Malam

Sektor KUL-JED / MED-KUL

Aturcara Umum
Pakej 12 Hari 10 Malam

Sektor KUL-JED / MED-KUL

Aturcara Umum
Pakej 12 Hari 10 Malam

Sektor KUL-MED / JED-KUL

Search