Aturcara Umum

PAKEJ 9 HARI 7 MALAM
SEKTOR KUL-JED / MED-KUL

Aktiviti @ Makkah

Makkah adalah tempat di mana ibadah umrah dan rukun-rukun utamanya akan dilaksanakan. Aktiviti di Makkah tertumpu kepada ibadah khusus, di samping beberapa ziarah ke tempat-tempat bersejarah.

Aktiviti Utama di Makkah

  1. Melaksanakan Ibadah Umrah.

  2. Solat berjemaah di Masjidil Haram (Pahala 100,000x ganda)

  3. Beribadah di sekitar Kaabah.

  4. Qiyamul Lail (Solat Tahajud) dan Ibadah Malam.

  5. Berdoa di Multazam dan Hijir Ismail.

  6. Ziarah Sekitar Makkah & Tempat Bersejarah seperti:

  • Jabal Nur: Tempat terletaknya Gua Hira’ di mana Nabi Muhammad SAW menerima wahyu pertama.

  • Jabal Thur: Lokasi Gua Thur di mana Nabi Muhammad SAW dan Saidina Abu Bakar bersembunyi dalam perjalanan hijrah ke Madinah.

  • Mina, Arafah, dan Muzdalifah: Tempat-tempat penting bagi ibadah haji.

  • Jabal Rahmah: Tempat bertemunya Nabi Adam dan Hawa.

  • Masjid Ji'ranah atau Masjid Tanaim: Tempat miqat untuk umrah sunat.

Aturcara Umum

Hari Pertama

Daftar Masuk Hotel

Setelah tiba di Airport Jeddah, Jemaah akan dibawa terus ke hotel penginapan dengan menaiki bas. Selepas proses daftar masuk di hotel penginapan jemaah akan dibawa oleh mutawwif untuk menyempurnakan ibadah umrah wajib (Tawaf, Sa'i dan Tahallul).

Hari Pertama

Hari Ke-2

Ziarah Dalam

Ziarah Dalam : Jemaah bersama Mutawwif akan menziarahi sekitar Masjidil Haram dan tempat-tempat bersejarah.

Antara lokasi lawatan ialah Jabal Abi Qubais, Tapak Rumah Saidatina Khadijah, Tapak Rumah Kelahiran Rasulullah dan kawasan sekitarnya.

Jemaah digalakkan untuk beribadah di dalam Masjidilharam.

Hari ke-3

Ziarah Hudaibiyah

Ziarah Luar : Jemaah akan dibawa melawat ke Masjid Hudaibiyah dan Muzium Al-Haramain (jika mendapat permit).

Jemaah berpeluang menunaikan Umrah ke-2 dengan berniat Ihram di Miqat Masjid Hudaibiyah.

Hari ke-3

Hari ke-4

Ziarah Manasik

Ziarah Luar : Jemaah akan dibawa melawat ke tempat-tempat bersejarah seperti Jabal Thur, Padang Arafah, Jabal Rahmah, Masjid Ji'ranah. Manakala Muzdalifah, Mina dan Jamaraat hanya lalu sahaja.

Jemaah berpeluang menunaikan Umrah ke-3 dengan berniat Umrah di Miqat Masjid Ji'ranah.

Hari ke-5

Berangkat ke Madinah

Jemaah akan bergerak ke Madinah Al-Munawwarah selepas daftar keluar dari hotel penginapan.

Hari ke-5

Aktiviti @ Madinah

Madinah adalah tempat yang penuh ketenangan dan keberkatan. Aktiviti di Madinah lebih tertumpu kepada ziarah dan solat berjemaah di Masjid Nabawi serta mendalami sejarah perjuangan Rasulullah SAW.

Aktiviti Utama di Madinah

  1. Solat berjemaah di Masjid Nabawi. (Pahala 1000x ganda)

  2. Ziarah ke Makam Rasulullah SAW dan para sahabat.

  3. Solat, berdoa dan beribadah di Raudhah. (kawasan antara makam Rasulullah SAW dan mimbar, yang dianggap sebagai taman syurga).

  4. Menghayati sejarah dan perjuangan Islam.

  5. Berkunjung ke pasar dan kedai untuk membeli-belah.

  6. Ziarah sekitar madinah & tempat bersejarah seperti:

  • Masjid Quba’: Masjid pertama yang dibina oleh Rasulullah SAW. Sangat digalakkan untuk solat di sini kerana pahalanya seperti ganjaran satu umrah.

  • Masjid Qiblatain: Tempat di mana kiblat ditukar dari Masjidil Aqsa ke Kaabah.

  • Bukit Uhud dan Makam Syuhada Uhud: Tempat berlakunya Perang Uhud dan lokasi para syuhada disemadikan.

  • Ladang Kurma: Melawat kebun kurma untuk membeli kurma segar dan produk kurma.

  • Masjid Tujuh (Khandaq): Tempat bersejarah berkaitan Perang Khandak.

Aturcara Umum

Hari ke-6

Daftar Masuk Hotel

Setibanya di kota Madinah, Jemaah akan terus mendaftar masuk di hotel penginapan dan kemudian akan dibawa oleh mutawwif ke program ziarah dalam dan ziarah luar Madinah. Antara lokasi yang akan dibawa ialah :

Masjid Quba (jemaah dinasihati agar berwudhu di hotel sebelum bergerak ke Masjid Quba), Masjid Qiblatain, Masjid Tujuh, Bukit Uhud & Ladang Kurma.

Hari ke-6

Hari Ke-7

Aktiviti Bebas

Jemaah digalakkan untuk memperbanyakkan ibadah di dalam Masjid Nabawi dan mengunjungi Raudhah.

Hari ke-8 & 9

Berangkat Pulang ke Malaysia

Jemaah akan bergerak ke lapangan terbang Madinah untuk pulang ke Kuala Lumpur. Ketibaan jemaah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) biasanya pada hari yang berikutnya (hari yang ke-9).

Hari ke-8 & 9

NOTA PENTING:

Ziarah tambahan berbayar seperti lawatan ke Taif, Badar dan lain-lain adalah tertakluk kepada perancangan serta pengurusan oleh mutawwif bagi pakej perjalanan masing-masing.

Semua atur cara yang dinyatakan adalah bersifat cadangan dan tertakluk kepada sebarang perubahan, penyesuaian atau pindaan berdasarkan keadaan semasa serta pematuhan kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) terkini yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi.

Pihak syarikat tidak bertanggungjawab untuk sebarang bayaran pampasan atau ganti rugi bagi lawatan yang dibatalkan akibat faktor-faktor di luar kawalan pihak syarikat.

Aturcara Umum
Pakej 9 Hari 7 Malam

Sektor KUL-JED / MED-KUL

Aturcara Umum
Pakej 12 Hari 10 Malam

Sektor KUL-JED / MED-KUL

Aturcara Umum
Pakej 12 Hari 10 Malam

Sektor KUL-MED / JED-KUL

Search